Wednesday, August 26, 2020

BERDEBAR NAK DAFTAR MASUK UNIVERSITI

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 

Baru-baru ni result bagi lepasan stpm dan seangkatan dengannya keluar kan. Congratulations semua. Mesti tak sabar nak melangkah ke alam Universiti kan. But at the same time mesti macam-macam fikir kan, nak kena prepare itu ini, macam mana nak daftar and so on. So here Liah nak share sikit la pengalaman masa daftar U pada 1 September 2020 di Universiti Malaya. 

Liah dapat course Sport Management (7 sem) and masa dapat surat offer tu dia bagi tahu la yuran, jumlah semester penganjian dan kolej kediaman (KK) yang kita dapat. Liah dapat KK12, which is memang dekat la dengan faculty. So back to the point macam mana pada hari kejadian tu. 

Macam Mana Nak Waze / Google Map Location UM? 

From hotel kitorang menginap to UM tak la jauh sangat. Kita pakai waze/google map je (better pakai google map). Korang search 'Universiti Malaya KL Gates'. Sebab UM banyak Gates tapi better masuk ikut KL Gates senang sikit. KL Gates ni pintu utama.

waze / google map 'Universiti Malaya KL Gate'


Dah Masuk UM Nak Buat Apa?  

Masuk je UM, kitorang follow anak panah zon memasing. Liah zon3 which is KK12. Jauh woo (sebab first time kan. Terasa la jauhnya) . Aku ingat kitorang dah sesat sebab macam takda orang. Jalan renggang sebab masih awal. Daftar pkul 10pagi aku datag pkul 9pagi. Kitorang berkumpul kat 1 tempat lapang untuk naik bas ke KK kita. Masa nak masuk UM ni kena ada macam slip gambar bawah ni. bukan la slip. Dia ada bagi PDF then kita kena print ikut pada zon kita. Letak slip ni kat dash box depan kereta supaya senang dilihat.

Slip Parking Ke Zon 3


Dah sampai tempat tu, kena tunggu bas untuk pickup kita. Bas dah datang boleh la isi barang dalam bas dan naik bas dengan family semua. Semua kena naik bas ke KK masing-masing sebab nak elakkan kesesakkan di KK.


Bas akan turunkan kita depan blok KK kita. Then nanti bawa barang-barang kita kat tempat menunggu untuk daftar. Tempat menunggu tu ada kat tengah blok. Don't worry nanti ada PM (Pemudahcara Mahasiswa // bukan Perdana Menteri tau) akan guide. If tak faham ke atau ada soalan, ada kaunter pertanyaan. Semua PM very la helpful gila dan sangat baik. Ada PM yang tolong angkatkan barang (yela, bawa banyak barang sangat kan dah susah). Don't be shy to minta tolong or tanya dari PM.

Dekat area situ juga ada foodtruck. Kalau nak beli air pon ada banyak mesin gegendang. Kat blok yang kitorang turun tu pon ada mesin gegendang.


Daftar Di Mana? 

Sementara parent tunggu di khemas menunggu, Liah pi daftar dalam dewan bawa ic dan surat tawaran. Ikut je arrow untuk pergi ke dewan tu. Sangat mudah sebab kita akan di guide oleh PM dan arrow ditampal untuk mudahkan kita cari. Masuk dalam dewan, dorang akan check dalam sistem then nanti dia bagi macam kad pengenalan la dan jadual untuk minggu MHS (Minggu Haluan Siswa) atau dengan kata mudahnya Orientasi. Then amik kunci bilik. Settle. 

Dah settle tu, pastu dah boleh angkut barang² naik bilik bersama parent. Nasib baik aku datang awal so tak sesak sangat beratur naik lift. Syukur KK12 ni ada lift. Kalau mcm floor bawah² tu bole naik tangga kalau larat. KK12 ada 9 tingkat, aku tingkat 7. Masa diberi kunci tu kita akan tahu kita tingkat berapa, blok apa dan bilik nombor berapa.

Contoh no.kunci 'D732'

D = blok D

7 = tingkat 7

32 = bilik number 32

Kemas Bilik?

Masukkan barang dalam bilik. Kemas nanti² la dulu, sebab kitorang dah lapar dan nak pi makan dulu kat kafe. Harga makanan murah². Harga standard la walaupun U di tengah kota. Quiet nice la. Untuk nasi berlauk (nasi putih, ayam, sayur) range harga dalam RM5 - RM6 lebih kurang. 

Boleh je kemas bilik sikit² and makesure turun bila dorang suruh turun sebab ada aktiviti. 

Macam Mana Parent Nak Balik?

Parent nak balik bila² masa boleh asalkan before masa yang di tetapkan. Masa Liah dorang tetapkan pukul 12tengahari bas dah tak datang amik dah. So before pukul 12 dah kena naik bas balik semula tempat parking tadi. Naik balik bas tadi. 

Sedikit tips berguna :

1. Better daftar awal so takdelah berebut atau bersesak dengan orang

2. Better pakai seluar dari pakai baju kurung (bagi perempuan) sebab senang nak angkat barang.

3. Penyapu, penyodok atau barang mengemas yang besar² tu ada dijual kat kedai runcit KK12 dan mall pon dekat (ada Mr DIY)

4. Make sure all the dokumen lengkap dan diletakkan dalam 1 file so senang to carry and keluarkan bila perlu.

Sidenote :

Pengalaman dan segala prosedur ini adalah ketika kemasukan sesi 2019/2020. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak Universiti. Sila rujuk dokumen dan prosedur semasa yang pihak Universiti sediakan.