Friday, August 9, 2019

MEDICAL CHECKUP UNTUK MASUK BELAJAR ?

Assalammualaikum gais..
Fuhh, ni first penulisan aku dalam blog ni. Aku sebenarnya tak tahu macam mana nak berblog ni. aku try je okey. Kalau ada salah silap di dalam penulisan aku ni, harap maaf ya. hehehe. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Jadi penulisan aku kalini nak cerita pengalaman aku buat medical check up untuk sambung belajar Universiti. Ni first time buat aku dan mungkin first time juga buat sesetengah pembaca kan ? hehehe. So, let start.

Aku buat medical check up di klinik kesihatan Mersing kanan. Memang dekat dengan rumah aku so tak perlu pergi hospital kat bandar. Lagi pon kat situ lengkap dengan makmal semua cuma takda X-Ray jee.

Klinik Kesihatan Mersing Kanan
credit : gambar ikhsan google
 Masuk je klinik , aku terus pergi ke kaunter cakap nak buat medical checkup. Nurse kat kaunter tu suruh aku buat X-ray dulu kat Hospital Mersing. Sebelum pergi hospital dapatkan dulu surat refer doktor dulu baru lah boleh pergi X-ray. Aku bagi borang medical check up aku kat nurse tu pastu dia masuk bilik doktor pi mintakkan surat refer. Beberapa minit kemudian, Nurse keluar dari bilik doktor dengan borang medical aku dan surat refer tu.

Aku pon ambil dan keluar dari klinik terus pergi hospital. Sesampai di hospital, aku pergi bahagian X-ray. Bagi surat refer tadi pada pegawai yang jaga kat kaunter tu nanti dia panggil masuk bilik X-ray. Nama aku dipanggil dan aku pon masuk bilik X-ray. Aku disuruh untuk buka baju, baju dalam, tudung dan rantai (prosedur biasa) di dalam bilik persalinan kemudian pakai baju yg disediakan. X-ray bahagian atas badan je tak menyeluruh pon. Dah siap X-ray, tunggu la nanti dia bagi laporan X-ray dan gambar x-ray tu. 

gambar sinar x-ray
credit : gambar ikhsan google


Dah dapat gambar dan laporan X-ray, boleh balik pergi klinik semula. ((Ohh, btw ,masa X-ray aku tak di kenakan apa-apa bayaran.)) . Sampai Klinik pergi kaunter untuk daftar dan ambil nombor giliran. Bayar RM20 sahaja untuk medical checkup. Nurse suruh aku ambil air kencing dulu untuk buat urine test (urine test biasa ya. bukan urine test drug). Selesai urine test, tunggu la laporan makmal untuk urine test tu. Then, dah dapat laporan urine test pergi meja 2 untuk pemeriksaan tinggi, berat, tekanan darah, dan bmi. Part ni biasa je mcm kau buat ujian segak kat sekolah. 

Selesai di meja 2 kena pergi masuk bilik untuk pemeriksaan mata. Cuma periksa mata macam biasa je. Duduk belakang garisan kemudian tutup sebelah mata dan tengok huruf yang dia tunjuk. 

macam ni haaa.
credit : gambar ikhsan google
ITS DONE !!
ehhhh jap jap. belum lagi. Kena pergi jumpa doktor pula ye. Jadi tunggu la nombor giliran dipanggil untuk masuk jumpa doktor. Memang ramai lah orang, berejam aku menunggu. Kalau taknak ramai orang boleh gi swasta tapi mahal sikit la. hehehe. Bila nombor giliran aku tertera di skrin, aku pon masuk. Doktor buat pemeriksaan biasa. Borang medical checkup tadi tu bagi kat doktor, dia akan tandakan semua part dan tandatangan. barulah SETTLE.

Senang je kan. Tak rumit pon cuma perlu menunggu lama la sebab ramai orang.  Harap penulisan aku ni dapat membantu korang. See you gaiss at the next post (kalau aku rajin menaip.hehehe). Bye byeee.

1 comment: